Akuarium yang kat atas ni aku letak ikan sepat biru dan merancang nak tambah ikan sepat oren plak. Sebenarnya memang da beli pn tapi ni gambar lama. kalau rajin nanti aku upload.
Akuarium yang kat atas ni plak bersaiz 2 kaki. baru je beli akuarium ni sebab perancangannya nak bela ikan hiasan yang macam2 jenis.(campur). so setakat ni ikan yang ada adalah ikan kap, ikan tektra, ikan mpkb dan ikan yang nampak tulang(aku pun tak tau nama apa ikan tu). Glow fish kalau tak silap...
Ni plak gambar anak sedara aku bergambar di kedai ikan wakaf che yeh..
Sila Ambil Perhatian :
Betina 50sen & Jantan 50sen
Lokasi Kami adalah di wakaf che yeh, kota bharu, kelantan.
Perkhidmatan menghantar ikan secara pos tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan ikan mati kelemasan.
Peta ke lokasi
Kontek : 0135063563
Emel : ramadhanabdullah@yahoo.com
Wednesday, November 24, 2010
Akuarium ikan di rumahku
Membiakkan Ikan Laga/ Betta
Perkara paling penting untuk membiakkan ikan ini adalah ketika memilih induk untuk dijadikan baka.
Memilih induk jantan
Ikan jantan mempunyai ekor yang cantik dan besar berbanding dengan ikan betina. Untuk memilih induk jantan, apa yang anda perlu pastikan adalah saiz atau umur ikan tersebut sudah mencapai tempoh matang. Salah satu kaedah untuk mengetahui ikan ini sudah matang adalah dengan melihat kepada buih yang dibuat oleh ikan itu. Ikan jantan akan membuat buih apabila sudah mencapai tempoh matang. Ini kerana ikan yang tidak mencapai tempoh matang tidak akan membuat buih. Buih juga menandakan ikan tersebut sudah bersedia untuk mengawan.
Memilih induk betina
Ikan betina mempunyai ekor yang pendek dan warna tidak menarik jika dibandingkan dengan ikan jantan. Untuk memilih induk betina, perhatikan buih yang dibuat ikan tersebut. Buih ikan betina tidak sebanyak buih ikan jantan. Kemudian perhatikan bahagian bawah perut ikan tersebut. Sekiranya terdapat telur yang berwarna putih yang kelihatan di bawahnya, bermakna ikan ini sudah sedia untuk mengawan.
Kaedah mengawankan ikan jantan dan betina :
1. Asingkan ikan jantan dan betina kerana ikan ini bersifat agresif dan jika tidak kena pada tempatnya, ikan betina akan mati di kejar ikan jantan.
2. Letakkan ikan jantan dan betina bersebelahan supaya mereka dapat berkenalan terlebih dahulu. Seeloknya letakkan ikan jantan didalam bekas yang besar supaya senang untuk mereka mengawan nanti.
3. Ikan jantan akan mengeluarkan buih yang banyak untuk menetaskan telurnya nanti. Sebaiknya letakkan pokok keladi bunting atau kiambang didalam bekas ikan jantan.
4. Biarkan ikan tersebut selama 1 - 2 hari supaya mereka betul2 kenal antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum diletakkan bersama.
5. Letakkan ikan betina ke dalam bekas ikan jantan seeloknya di awal pagi. biarkan mereka selama satu hari.
6. Asingkan ikan betina keesokan harinya, kerana dikhuatiri ikan betina akan memakan telurnya sendiri. Ikan jantan akan menjaga telur tersebut di dalam mulutnya dan diletakkan ke dalam buih.
7. selepas telur ikan itu menetas, cepat2 asingkan ikan jantan kerana ikan ini suka memakan anaknya sendiri. (manusia pn kan?? dunia akhir zaman). dan biarkan anak ikan itu selama 2 hari sebelum diberi makan.
8. Selepas 2 hari berikan makanan kepada anak ikan laga tersebut, seeloknya berikannya makan blood worm(cacing darah).
Jom menonton video ikan laga mengawan
Tuesday, October 12, 2010
Ibu Ikan Gupi Beranak
Mari kita saksikan ibu ikan gupi beranak dan saksikanlah kebesaran ciptaan Allah S.W.T.
Sunday, October 10, 2010
Beza Ikan Gupi Jantan dan Betina
Ikan Gupi Jantan
Ikan gupi jantan saiznya lebih kecil daripada ikan gupi betina
Ekor ikan gupi jantan lebih besar dan cantik
Ikan gupi jantan mempunyai warna yang bercampur-campur dan berwarna warni
Ikan Gupi Betina
Ikan gupi betina mempunyai saiz yang lebih besar dibanding ikan gupi jantan
Ekor ikan gupi betina kecil dan kurang cantik
Ikan gupi betina biasanya mempunyai 1 warna sahaja
* setiap kali ikan gupi beranak, biasanya ikan gupi jantan lebih banyak dari ikan gupi betina
Asal usul Ikan gupi
Nama saintifik ikan gupi adalah "Poecilia reticulata" yang di jumpai oleh Robert John Lechmere Guppy, seorang lelaki berbangsa inggeris, di Trinidad pada tahun 1850. Sejak itu nama gupi atau guppy di guna pakai.
Klasifikasi Ikan Gupi:
Kerajaan: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Ordo: | Cyprinodontiformes |
Famili: | Poeciliidae |
Genus: | Poecilia |
Spesies: | P. reticulata |
Warna ikan gupi yang berbagai membuatkan peminat ikan ini asyik melihat lenggokan ekornya yang besar. Kebiasaanya ikan gupi dibela supaya memakan jentik2. Ikan gupi jantan biasanya lebih kecil daripada ikan gupi betina dan ikan gupi jantan mempunyai ekor yang cantik jika dibandingkan dengan ikan gupi betina.